NUR ZAHRAA BINTI MOHD ZAIRI SMK GHAFAR BABA
Projek Natural Lit Indicator ini bertujuan menghasilkan indikator pH semula jadi menggunakan ekstrak tumbuhan seperti kubis ungu bagi mengesan sifat asid dan alkali melalui perubahan warna. Projek ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan mudah diperoleh dan mesra alam tanpa melibatkan bahan kimia berbahaya. Ekstrak tumbuhan disediakan melalui proses merebus atau merendam bahan tumbuhan sebelum ditapis dan digunakan untuk menghasilkan kertas indikator pH atau semburan pH. Apabila diuji dengan pelbagai bahan seperti cuka, jus lemon, air bersih, dan sabun. Indikator ini menunjukkan perubahan warna yang berbeza mengikut tahap keasidan atau kealkalian sesuatu bahan. Projek ini bukan sahaja membantu meningkatkan pemahaman tentang konsep sains berkaitan asid dan alkali, malah menggalakkan penggunaan bahan semula jadi, amalan lestari dan inovasi mesra alam dalam pembelajaran harian.