NURUL ADELIA FATHIAH BINTI KASMANI SMK DATO' HAJI HASSAN YUNOS
Projek ini memperkenalkan Tong Sampah Automatik yang direka bentuk untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kemudahan dalam pengurusan sisa. Sistem ini menggunakan sensor ultrasonik untuk mengesan kehadiran objek atau tangan pengguna pada jarak tertentu, yang seterusnya akan mengaktifkan servo motor untuk membuka penutup tong secara automatik. Penutup akan ditutup semula secara automatik selepas beberapa saat apabila tiada objek dikesan.
Tong sampah ini juga dilengkapi dengan lampu LED sebagai indikator sistem aktif, dan dijana menggunakan sumber kuasa seperti power bank atau bekalan USB 5V, menjadikannya mesra pengguna dan mudah alih. Projek ini dibangunkan menggunakan platform Arduino Uno dan diprogramkan dengan kod yang mudah difahami, membolehkan pelajar sekolah menengah mengaplikasikan kemahiran asas elektronik dan pengaturcaraan.
Secara keseluruhannya, inovasi ini dapat memupuk amalan kebersihan tanpa sentuhan, mengurangkan risiko jangkitan, serta membina kesedaran terhadap penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian selaras dengan matlamat pembangunan mampan (SDG 3: Kesihatan Baik & Kesejahteraan).