ILLYASA RAYYAN PUTRA BIN NOR HAZZARI SMK RAJA JUMAAT
Inovasi StickFit merupakan kaedah pembelajaran aktif berasaskan permainan yang dibangunkan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan penglibatan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Inovasi ini menggunakan stik berwarna yang mengandungi arahan latihan fizikal seperti squat, plank, burpee dan push-up yang dikategorikan mengikut komponen kekuatan kaki, teras, whole body dan daya tahan lengan. Seramai 11 orang murid tahap kecergasan rendah terlibat dalam intervensi selama empat minggu melalui pendekatan stesen dan sistem putaran kumpulan. Kad Pro-Aktif StickFit (KPS) digunakan sebagai instrumen pentaksiran formatif bagi merekod sasaran mingguan, pencapaian dan graf kemajuan kendiri. Dapatan menunjukkan peningkatan konsisten dalam bilangan ulangan dan ketahanan masa, dengan majoriti murid berjaya mencapai sasaran pada minggu keempat. StickFit terbukti meningkatkan motivasi, disiplin dan keberanian murid mencabar kemampuan diri serta berpotensi diperluaskan sebagai model intervensi kecergasan sekolah.