YS1220: KADEKAS

EZEQUIEL CAEZAR ANAK DANNY SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.2222 | 2 Likes | 9 Views | 2 times | LS: 4.4
Like it? | Support them now!

KADEKAS merupakan sebuah permainan interaktif berasaskan gamifikasi yang direka bagi mengatasi masalah kebosanan dan kelemahan murid dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu, khususnya dalam aspek peribahasa, kesalahan bahasa dan jenis kata. Inovasi ini hadir sebagai alternatif kepada kaedah pembelajaran tradisional menggunakan buku teks yang didapati kurang efektif dan tidak menarik minat murid. Dalam permainan ini, murid berperanan sebagai seorang kapten lanun yang perlu menjawab soalan tatabahasa bagi mengumpulkan syiling sebanyak 3,500 untuk mendapatkan kunci bagi membuka peti harta karun. Melalui pendekatan naratif yang menarik dan aktiviti interaktif berasaskan visual, murid dapat memahami konsep bahasa khususnya penggunaan imbuhan dan struktur ayat dengan lebih konkrit dan berkesan. KADEKAS dibangunkan sepenuhnya secara dalam talian tanpa sebarang kos dan berpotensi dikembangkan sebagai aplikasi pendidikan digital, bahan bantu mengajar serta modul pembelajaran abad ke-21 yang sesuai digunakan di sekolah menengah mahupun pusat tuisyen.