SYARHAN SYAFIE BIN MARHAZLY SMK BESERAH,KUANTAN
SMART JANGKAUAN MELUNJUR merupakan sebuah inovasi berasaskan teknologi yang dibangunkan bagi membantu proses pengukuran ujian jangkauan melunjur secara automatik, tepat dan efisien. Projek ini dihasilkan menggunakan platform Reka Edukit dan pengaturcaraan mBlock dengan mengintegrasikan sensor ultrasonik dan sensor inframerah (IR).
Sistem ini berfungsi mengesan jarak tangan murid dari sensor ultrasonic. Sensor ultrasonik digunakan untuk mengukur jarak jangkauan murid, manakala sensor IR mengesan sentuhan pada kawasan sasaran. Data bacaan kemudiannya dipaparkan pada LCD dan secara tidsk langsung guru dapat membaca bacaan jarak jangakaun murid secara terus dari LCD
Inovasi ini dapat membantu guru meningkatkan ketepatan penilaian, mengurangkan kesilapan pengukuran secara manual serta menjadikan proses pengujian lebih interaktif dan sistematik. Selain itu, projek ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4) iaitu Pendidikan Berkualiti melalui penerapan teknologi digital dan pembelajaran STEM dalam pendidikan.