NUR AINUL BASHIIRAH BINTI MOHD RAJAB SMK DATO' PENGGAWA BARAT
Peningkatan penggunaan bahan kimia untuk kawalan haiwan parasit boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan alam sekitar. Oleh itu, inovasi cecair penghalau semula jadi telah dihasilkan menggunakan kulit limau dan bawang putih. Bahan ini dihancurkan dan direbus untuk mengekstrak sebatian aktif seperti d-limonene dan sulfur, kemudian ditapis dan dijadikan semburan. Produk ini bertindak sebagai penghalau haiwan parasit yang selamat, mesra alam dan mudah dibuat dengan kos rendah. Kesimpulannya, bahan semula jadi boleh menjadi alternatif lebih selamat berbanding racun kimia, dan keberkesanannya boleh ditambah baik melalui penambahan minyak pati.