TASNIM BINTI MOHD NAZRUL FARIS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2
Dalam era teknologi masa kini, ramai individu masih menghadapi kesukaran untuk mengurus masa dan kehidupan seharian secara teratur. Masalah seperti penangguhan tugasan, kegagalan menetapkan matlamat yang jelas, dan kekurangan sistem sokongan
perancangan peribadi sering menjadi penghalang kepada produktiviti dan disiplin diri.
Berdasarkan masalah ini, aplikasi FokusX dibangunkan, iaitu sebuah aplikasi perancang hidup yang dibina menggunakan platform MIT App Inventor. Aplikasi ini direka untuk membantu pengguna mengurus tugasan harian, menetapkan matlamat, dan merancang aktiviti hidup secara sistematik dan efisien. FokusX menyediakan lima skrin fungsi utama iaitu Menu Utama, List To-Do, My Goal, My Diary dan My Shopping List yang berfungsi sebagai alat pengurusan peribadi dalam satu aplikasi. Antara muka yang ringkas dan mesra pengguna membolehkan ia digunakan dengan mudah oleh pelbagai golongan.
Secara keseluruhannya, FokusX bertujuan untuk menyokong pembentukan gaya hidup yang lebih produktif, teratur dan berdisiplin melalui penggunaan teknologi mudah alih.