JS747: KIT SMART-HISTORY: Transformasi Merdeka 360 Ke Alam Maya Melalui Integrasi Teknologi Augmented Reality (AR)

AKSHAYA A/P PRASATH SJKT ST TERESA'S CONVENT

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Isu utama dalam pembelajaran Sejarah dalam kalangan murid Tahun 5 adalah kesukaran memahami kronologi peristiwa yang abstrak serta kurangnya minat terhadap penggunaan buku teks yang bersifat statik dan kurang interaktif. Bagi menangani masalah ini, KIT SMART-HISTORY telah dibangunkan sebagai satu inovasi pembelajaran multisensori. Inovasi ini menggabungkan diorama fizikal yang memaparkan empat peristiwa kunci kemerdekaan Tanah Melayu dengan teknologi Augmented Reality (AR). Melalui integrasi aplikasi AR, murid dapat meneroka kandungan digital seperti video arkib, audio ucapan tokoh, dan model 3D yang muncul secara dinamik di atas diorama tersebut. Selain itu, elemen latihan digital disematkan di dalam kit ini untuk menilai tahap kefahaman murid secara real-time. Hasil penggunaan kit ini menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan kronologi sejarah dan motivasi belajar murid. Secara keseluruhannya, KIT SMART-HISTORY bukan sahaja mendigitalisasikan sejarah, malah berjaya mentransformasikan pembelajaran tradisional kepada satu pengalaman "Merdeka 360" yang imersif, selaras dengan aspirasi Pendidikan Digital masa kini.