NOR ATIKAH NAJWA BINTI MOHD LUTFAN SMK DATO' AHMAD MAHER
Karbon berlebihan dalam makanan dan minuman, sama ada daripada proses pembakaran, pemanasan berlebihan, atau penggunaan karamel tiruan, merupakan faktor risiko yang boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti penghasilan bahan toksik Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAH). Kajian ini memperkenalkan pengesan karbon dan karamel tiruan, iaitu jalur pengesan karbon segera berasaskan ekstrak daun ketapang (Terminalia catappa). Daun ketapang dipilih kerana kandungan tanin dan flavonoid yang tinggi, serta sifatnya yang sensitif terhadap karbon terlarut. Ekstrak ketapang dihasilkan melalui kaedah rendaman air panas dan kemudiannya diserap ke atas jalur kertas sebagai biosensor. Ujian menunjukkan perubahan warna dramatik dalam masa 5–20 saat apabila bersentuhan dengan sampel makanan/minuman yang tinggi karbon seperti minuman berkaramel tiruan, makanan hangus, serta air bergas. Sensor menunjukkan tindak balas minimum terhadap makanan asli tanpa karbon tambahan. Inovasi ini menawarkan kaedah yang murah, mesra alam, cepat, dan mudah digunakan oleh pelajar, pengguna, serta komuniti bagi mengesan tahap karbon berlebihan dalam makanan dan minuman.