Rishwini A/P Selvan Sultan Idris Education University
FLIPSAPA ialah inovasi pengajaran berasaskan kaedah Flipped Classroom yang diterapkan dalam pengajaran topik “Ayat Suruhan dan Ayat Permintaan” bagi murid Tahun 3. Inovasi ini dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 (sebelum kelas) melalui paparan video interaktif di Padlet, dan Fasa 2 (dalam kelas) melalui aktiviti kolaboratif berpusatkan murid. Kaedah ini membantu murid membuat persediaan awal, meningkatkan penglibatan aktif dalam kelas dan memperkukuh pemahaman secara mendalam. FLIPSAPA juga menyokong pembelajaran kendiri dan selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke-21. Inovasi ini juga boleh diadaptasikan untuk subjek lain dan berpotensi menjadi amalan terbaik dalam pengajaran Bahasa Melayu peringkat rendah.