MUHAMMAD DANISH IMAN BIN SAMSUL BAHRI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
Di dalam kehidupan seharian sering kali berlaku kemalangan atau kecederaan tanpa diduga. Sekiranya seseorang itu terkehel atau terseliuh, kecederaan pada peringkat awal yang menyebabkan bengkak atau radang dikenali sebagai kecederaan akut namun apabila kecederaan sama berlaku selepas itu tanpa kesan bengkak ia dikategorikan sebagai kecederaan kronik. Rawatan sejuk membantu untuk mengurang atau mengelakkan kecederaan daripada terus bengkak dan mengalami keradangan malah boleh menghentikan kecederaan tisu di sekeliling kawasan yang cedera. Oleh itu, setelah pengkaji selidik tentang beberapa masalah mengenai produk yang terdahulu, maka pengkaji pun mendapat idea yang baharu dan mencipta produk yang terkini iaitu pembangunan produk penyejukan mudah alih yang memberikan keselesaan yang selesa kepada pesakit, jururawat juga tidak perlu menambah atau menukar ais, dan dapat memberikan penjimatan penggunaan elektrik yang baik. Produk rawatan penyejukan mudah alih ini adalah bertujuan untuk menggantikan produk rawatan yang terdahulu. Impak penggunaan Portable Cooling Treatment ini jelas memudahkan pengguna kerana bersifat mudah alih dan dapat diguna dalam tempoh yang lama. Dengan pembangunan produk Portable Cooling Treatment ini dapat memberikan keselesaan kepada pesakit, mengurangkan tugas untuk jururawat memantau, dan dapat memberikan penjimatan penggunaan elektrik yang lebih efisien. Bagi pesakit yang memerlukan rawatan awal seperti contoh kecederaan semasa bersukan, Portable Cooling Treatment menjadi salah satu kebaikan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang baik dan berkesan. Kebanyakkan rawatan yang ada adalah kaedah penuaman dan rendaman ianya sukar untuk membuat rawatan sekiranya berlakunya kecemasan dan kecederaan kerana ais yang ada tidak akan tahan lama dan memerlukan ais yang baru, ianya akan melambatkan proses rawatan awal. Seterusnya, projek ini amat berpotensi untuk dilakukan pengembangan atau penambahbaikan pada masa akan datang. Pembangunan produk Portable Cooling Treatment bertujuan untuk memfokuskan kepada bidang perubatan. Objektif utama dibangunkan untuk memberikan rawatan awal kepada pesakit yang mengalami kecederaan mengakibatkan bengkak ataupun melibatkan otot. Selain itu, pembangunan produk ini juga mampu memudahkan kerja atau tugasan bagi seorang ahli perubatan sewaktu tempoh rawatan awal dijalankan. Secara amnya, penggunaan produk ini merupakan salah satu daripada usaha pengkaji dalam menghasilkan produk yang lebih inovatif dan mempunyai teknologi terkini seiring dengan peredaran masa di mana teknologi menuju ke arah IR 5.0.