NURUL FAIZAH BINTI HAMZAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Transformasi digital dalam sektor pendidikan memerlukan pendekatan pengurusan fasiliti yang lebih pintar, bersepadu dan berasaskan data. Sehingga kini, pengurusan bangunan sekolah masih berdepan cabaran seperti data yang terpisah, penyelenggaraan yang bersifat reaktif, pemantauan utiliti yang tidak menyeluruh serta kelewatan dalam proses membuat keputusan. Keadaan ini memberi kesan kepada kecekapan operasi, penggunaan sumber awam dan tahap keselamatan persekitaran pembelajaran.
Bagi menangani isu tersebut, Kuasa AI: Sistem Pemantauan Bersepadu Bangunan Sekolah dibangunkan sebagai platform pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang mengintegrasikan data aset, penyelenggaraan, utiliti, pematuhan keselamatan bangunan, status tanah dan maklumat sekolah ke dalam satu ekosistem digital yang bersepadu. Sistem ini menggabungkan teknologi Artificial Intelligence, Machine Learning, Big Data Analytics, Dashboard Masa Nyata dan Chatbot Pintar bagi menyokong pemantauan, analisis, ramalan serta cadangan keputusan secara automatik.
Inovasi ini memperkenalkan pendekatan pengurusan fasiliti pendidikan yang beralih daripada model tradisional kepada model predictive, data-driven dan autonomous decision support. Melalui integrasi pelbagai sumber data, pengguna di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri dapat memperoleh maklumat kritikal secara masa nyata, mengenal pasti risiko lebih awal, mengoptimumkan penggunaan utiliti serta merancang penyelenggaraan secara lebih strategik dan proaktif.
Pembangunan prototaip telah membuktikan kebolehlaksanaan sistem dalam mewujudkan pemantauan fasiliti yang lebih cekap, telus dan responsif. Inovasi ini berpotensi menyumbang kepada penjimatan kos operasi, peningkatan keselamatan infrastruktur sekolah, pengukuhan tadbir urus aset awam serta menyokong aspirasi Pendigitalan Pendidikan Malaysia, ESG dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Dengan keupayaan untuk diperluaskan ke seluruh institusi pendidikan dan sektor awam, projek ini berpotensi menjadi model rujukan antarabangsa bagi pengurusan fasiliti pendidikan pintar berasaskan AI.