AFIQ HARITH IQBAL BIN AZIZUDEEN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Projek ini adalah merupakan penapis udara mudah alih yang ringan dan mudah dibawa untuk mengurangkan atau memerangkap habuk, bulu-bulu haiwan, bahan pencemar dari udara (asap) dan membantu menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan. Bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi, kaedah penyelesaian dengan menggunakan idea inovasi yang dinamakan Penapis Udara Mudah Alih 2.0 dihasilkan. Objektif: Sebagai penapis udara mudah alih yang ringan yang boleh di tempatkan di sesuatu ruangan yang terhad. Ia juga dapat menyekat dan menapis bulu-bulu haiwan peliharaan di kawasan kediaman dan kenderaan. Alat dan bahan: Power bank, kipas, USB Suis, tali, span, jaring, dan silika. Selain itu, Penapis Udara Mudah Alih 2.0 ini juga menggunakan bahan semula jadi seperti rempah ratus dan arang yang dapat memastikan persekitaran yang bebas daripada habuk dan debu dengan menghasillkan bau yang harum. Projek ini mensasarkan individu daripada pelbagai golongan peringkat umur terdiri daripada orang dewasa, kanak-kanak serta bayi dan individu yang mempunyai alahan atau masalah pernafasan serta dapat mencegah daripada penyebaran penyakit berjangkit. Projek ini juga mensasarkan individu yang memelihara haiwan dan yang tinggal di kawasan ruang yang sempit dan ruang terhad. Kesimpulannya, Penapis Udara Mudah Alih 2.0 ini sangat berguna berbanding penapis udara yang lain kerana mudah di bawa, ringan serta menghasilkan bau yang harum menggunakan bahan-bahan semulajadi dan hasilkan udara yang bersih.