ADNI ZARA BINTI FAIRULNIZAR SK BANDAR PENAWAR 2
GeniuScholar adalah sebuah aplikasi pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar menguruskan sesi ulang kaji dengan lebih interaktif dan teratur. Aplikasi ini dibina menggunakan ‘MIT apps inventor’ dengan menawarkan pelbagai fitur seperti flashcard, timer dan music. Geniuscholar bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pelajar dalam mengurus masa, mengulang kaji, dan mengekalkan focus semasa sesi pembelajaran. Murid akan lebih seronok dan minat untuk belajar. Penggunaan Geniuscholar hanya di hujung jari dan mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa.Objektif GeniuScholar ialah membantu pelajar menguruskan sesi ulang kaji dengan lebih teratur,meningkatkan fokus semasa belajar, mencapai kejayaan akademik mengulang kaji dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Geniuscholar berpotensi untuk digunakan oleh pelajar di seluruh dunia sebagai aplikasi pembelajaran harian. Aplikasi ini diharapkan menjadi alternatif pembelajaran digital yang lebih mudah digunakan berbanding aplikasi yang lebih kompleks.Pada masa akan datang, kami akan menambahbaik dalam sistem Geniuscholar ini dengan menambah lebih banyak fitur seperti boleh merekod markah pencapaian pelajar dan boleh mengesan jumlah jam penggunaan Geniuscholar.Murid akan mendapat reward sekiranya jumlah jam mencukupi seperti yang ditetapkan