MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN NOR AZILEE SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 1
Aplikasi Pantai Kita dibangunkan bagi membantu masyarakat mendapatkan maklumat cuaca pantai secara tepat dan masa nyata sebelum merancang sebarang aktiviti atau lawatan. Aplikasi ini memaparkan maklumat penting seperti suhu pantai serta lokasi pantai terdekat bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran pengguna terhadap risiko cuaca. Selain itu, ciri navigasi turut disediakan untuk memudahkan pengguna menuju ke pantai yang diingini. Dengan gabungan maklumat cuaca dan lokasi dalam satu platform, aplikasi ini diharapkan dapat membantu pengguna membuat keputusan yang lebih selamat, terancang dan bertanggungjawab ketika berkunjung ke kawasan pantai.