YS961: NANAPEEL D’ONDE

Nurul Fathihah Alisa Binti Roslan SMK SULTAN MANSOR

NANAPEEL D’ONDE

 

Noor Ain binti Salleh 1

Meriam binti Ibrahim2

Nurul Fathihah Alisa binti Roslan3

Nia Ayesha binti Ahmad Nazis4

Ainul Mardihah binti Khairul Azwar5

Jue Nurafifah Syahira binti Mohd Azwan6

Muhammad Mifzal Aqil bin Maizatumazla7

 

 

1 SMK SULTAN MANSOR

 

noorainsalleh9@gmail.com

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan bagi membangunkan produk inovasi Nanapeel d’Onde dengan Inti Pisang Coklat sebagai medium sokongan dalam PdP pelajar PVMA Penyediaan dan Penghasilan Makanan. Produk ini merupakan inovasi kuih tradisional berasaskan onde-onde yang ditambah nilai melalui penggunaan kulit pisang sebagai bahan utama dalam doh, manakala inti dihasilkan daripada gabungan pisang dan coklat bagi meningkatkan rasa, kreativiti serta menyokong konsep zero waste. Inovasi ini selaras dengan kandungan pembelajaran CU03 Cooking Method yang menekankan aspek kaedah memasak, penyediaan makanan serta penghasilan produk kreatif dan berkualiti. Seramai 30 orang pelajar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik secara dalam talian melalui Google Form serta penilaian sensori terhadap sampel produk yang diedarkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 92% responden menyukai kombinasi rasa pisang dan coklat, 90% tidak menyedari penggunaan kulit pisang dalam produk, 85% bersetuju bahawa produk ini unik dan kreatif, manakala 88% menyatakan kesediaan untuk membeli semula produk ini. Secara keseluruhannya, inovasi ini berjaya diterima baik oleh responden serta berpotensi tinggi untuk dikomersialkan di samping menyokong pembelajaran berasaskan kemahiran, kreativiti dan kelestarian selaras dengan aspirasi pendidikan TVET

                                      Keywords: Nanapeel d’Onde