MOHAMAD HARIEFAN HAZIQ BIN ABDULLAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEJINGKAT
Projek Aplikasi Mudah Alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran Matapelajaran Matematik bagi Topik Teori Set dibangunkan sebagai satu inovasi digital bagi membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Matematik Diskrit khususnya topik Teori Set. Pembangunan aplikasi ini bertujuan menyediakan platform pembelajaran yang fleksibel, interaktif dan mudah diakses melalui peranti mudah alih berasaskan Android. Aplikasi Set Quanta ini mengandungi nota pembelajaran, latihan interaktif, soalan ujian serta elemen grafik yang menarik bagi membantu pelajar memahami konsep Teori Set dengan lebih jelas dan sistematik. Selain itu, aplikasi ini turut membantu pensyarah dan guru dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran secara lebih kreatif dan berkesan.
Berdasarkan analisis impak dan keberkesanan yang dijalankan, aplikasi ini menunjukkan tahap kefungsian, rekabentuk, kualiti nota, kualiti soalan dan ujian, kemudahan penggunaan serta kepuasan pengguna yang sangat tinggi. Penggunaan aplikasi ini didapati berjaya meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran dan penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran. Di samping itu, aplikasi ini juga bersifat mesra pengguna dan sesuai digunakan pada bila-bila masa serta di mana-mana lokasi mengikut kesesuaian pengguna. Secara keseluruhannya, Set Quanta berpotensi menjadi medium pembelajaran digital yang efektif dalam menyokong transformasi pendidikan abad ke-21 dan memperkukuhkan penggunaan teknologi dalam pendidikan Matematik.