ST2050: BIO-NATURE SCRUB

SITI NURHIDAYAH BINTI ISAM KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Projek inovasi ini memperkenalkan produk scrub prebiotic berasaskan bahan semula jadi seperti beras, oat, madu, minyak zaitun, yogurt dan bunga kekwa. Scrub ini diformulasi dengan menekankan konsep natural tanpa bahan kimia sintetik, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Penambahan air beras yang telah diperam secara semula jadi sebagai sumber prebiotic membantu menyokong keseimbangan microbiome kulit, yang penting dalam mengekalkan kesihatan dan kelembapan kulit. Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan produk penjagaan diri yang bukan sahaja mesra kulit, tetapi juga menyokong inovasi dalam bidang bioteknologi berasaskan bahan tempatan.