PR2190: MAINAN KAD BAHASA 2.0 DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBATANGKAN SUKU KATA TERBUKA KV+KV DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

CHUNG CHOI UNG SJK (C) TIONG HIN

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan Mainan Kad Bahasa (MKB) 2.0  dalam meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka KV+KV dalam kalangan murid prasekolah. Kemahiran yang diberi tumpuan ialah kemahiran membatangkan suku kata terbuka dengan cara yang betul. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui senarai semak (pemerhatian), temu bual dan rakaman video semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid prasekolah menghadapi masalah dalam kemahiran membatangkan suku kata terbuka KV+KV. Justeru itu, pengkaji telah menggunakan MKB dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah. MKB merupakan sejenis mainan kad yang dapat memudahkan murid-murid prasekolah bermain dan belajar. Kajian ini telah menggunakan pendekatan belajar melalui bermain kerana bermain adalah fitrah semula jadi kanak-kanak (Sharifah dan Aliza, 2011).  Peserta kajian adalah terdiri daripada murid prasekolah Daerah Sebauh, Bintulu pada tahun 2020, 2021, dan 2022 dan Daerah Sibu pada tahun 2023 dan 2024. Kajian ini berasaskan Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Data-data kajian dikumpulkan serta ditriangulasikan melalui senarai semak (pemerhatian), temu bual dan rakaman video. Data telah dianalisis dengan analisis kandungan untuk temu bual dan rakaman video serta analisis deskriptif (peratusan) untuk ujian pra dan pasca (senarai semak). Hasil kajian telah menunjukkan peningkatan setiap murid dalam kemahiran membatangkan suku kata terbuka KV+KV dengan menggunakan MKB.