NUR QALESYA QASEH BINTI ABDULLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GARAM II
Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah alat penyejuk udara mini yang mesra alam dan berkos rendah. Projek ini diinspirasikan daripada konsep “penyejuk udara” yang menggunakan ais dan kipas untuk menghasilkan udara yang lebih sejuk. Antara bahan utama yang digunakan ialah kotak polistirena, kipas mini, gelas minuman, kerajang aluminium dan ais sebagai sumber penyejukan. Apabila kipas dihidupkan, udara panas akan disedut masuk dan melalui ruang yang mengandungi ais sebelum udara sejuk dikeluarkan melalui gelas minuman. Objektif projek ini adalah untuk membantu mengurangkan suhu persekitaran, terutamanya ketika cuaca panas, di samping menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Selain itu, projek ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang amalan penggunaan semula bahan terpakai serta penerapan teknologi hijau dalam kehidupan harian. Projek ini sesuai digunakan di kawasan pedalaman yang mengalami masalah bekalan elektrik. Hasil projek ini menunjukkan bahawa alat ini mampu menghasilkan udara yang lebih sejuk dan memberikan keselesaan kepada pengguna. Secara keseluruhannya, projek ini membuktikan bahawa inovasi mudah yang dihasilkan menggunakan bahan terpakai mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.