JS1611: Q-Deen SPPIM

AHMAD HANIF ASYRAF BIN ZAHARUDDIN Sekolah Rendah Islam I-Musleh

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 14 times | LS: 14.0
Like it? | Support them now!

Dalam era digital masa kini, pendidikan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi agar pembelajaran menjadi lebih relevan, mudah diakses dan berkesan. Namun, bagi pelajar tahun 6 di sekolah naungan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) iaitu sebanyak 41 buah sekolah diseluruh Malaysia dengan membawa angka lebih kurang 2000 pelajar tahun 6, terdapat satu jurang besar yang belum diisi – tiada platform e-pembelajaran khusus yang direka berdasarkan silibus Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM-Musleh (SPPIM). Pelajar masih bergantung kepada kaedah ulangkaji konvensional yang bersifat pasif, kurang interaktif dan tidak menarik bagi generasi muda hari ini. Sebagai solusi kepada permasalahan ini, kami telah membangunkan sebuah aplikasi e-pembelajaran interaktif berasaskan kuiz menggunakan MIT App Inventor, yang direka khas untuk membantu pelajar mengulangkaji secara kendiri dengan cara yang menyeronokkan, fleksibel dan efektif.