PR1409: ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR SISTEM ASAS PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA MENGGUNAKAN ARDUINO

NUR ATIKAH BINTI SHAARI KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

VIC25 | Professional

CR: 0.2000 | 1 Likes | 5 Views | 9 times | LS: 10.2
Like it? | Support them now!

Umumnya, setiap pelajar mempunyai keupayaan perkembangan yang berbeza dari segi proses penerimaan pembelajaran dan begitu juga dengan pelajar di Kolej Vokasional. Oleh yang demikian, pendidik perlu lebih bijak dan kreatif supaya pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan dengan baik. Proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang berpusatkan guru akan menyebabkan pelajar kurang 
berminat untuk belajar. Oleh itu, pengajaran yang berkesan adalah berkait rapat dengan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang dapat menyerupai alat sebenar semasa PdP dilakukan. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah dengan membangunkan alat bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran CMC1123 Basic Air Conditioning and Refrigeration. Objektif utama dalam kajian ini adalah mereka bentuk ABBM bagi Kitaran Asas Penyejukan dan Penyamanan Udara menggunakan Arduino,. Pengkaji telah memilih model ADDIE sebagai panduan dalam membangunkan produk ini. Penilaian yang dilakukan adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rekabentuk produk, keboleh fungsian produk serta komen dan cadangan. Borang soal selidik ini telah dinilai oleh empat orang pakar dalam bidang penyejukbekuan dan penyaman udara. Kesimpulannya, pembangunan produk ABBM bagi pelajar Kolej Vokasional diterima dengan baik.