YS1354: SISTEM LAMPU ISYARAT PINTAR (SLIP)

MUHAMMAD AMIRUL HISHAM BIN MOHD SEKRI SMK GERIK

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 31 Views | 62 times | LS: 62.0
Like it? | Support them now!

Projek sistem lampu isyarat pintar (SLIP) ini dihasilkan dengan tujuan mengurangkan risiko kemalangan di persimpangan lampu isyarat dan menjadikan sistem lampu isyarat beroperasi dengan lebih sistematik dan effisien. Ianya bertepatan dengan sasaran matlamat pembangunan mampan ke-9 iaitu industri, Inovasi & Infrastruktur. Pembangunan produk ini memfokuskan kepada bidang teknologi seperti robotik dan sains Komputer untuk mereka bentuk projek yang berinovasi.  Objektif utama projek ini adalah untuk membina model yang berfungsi sepenuhnya secara automatik tanpa menggunakan tenaga manusia dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk memaksimumkan kemalangan dari berlaku. Kajian soal selidik dilakukan kepada 20 orang responden tentang permasalahan berkaitan dengan lampu isyarat konvensional. Hasil dapatan soal selidik, lakaran perkembangan idea dibuat untuk mendapatkan gambaran tentang reka bentuk sistem lampu isyarat yang akan diubahsuai. Seterusnya, gambar rajah blok dihasilkan bagi memfokuskan pada bahagian yang akan dilakukan pengubahsuaian terutama pada bahagian yang melibatkan automasi. Pengaturcaraan input dan output bahagian komponen di buat menggunakan  aplikasi lego SPIKE prime. Bahan seperti set lego digunakan untuk digabungkan dengan pergerakan mekanikal pada projek ini kerana mudah dibentuk dan ringan. Ujian kefungsian dilakukan untuk membuat pertimbangan terhadap hasil penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap model sistem lampu isyarat. Ujian parameter telah digunakan bagi menilai kefungsian produk mengikut objektif yang telah ditetapkan. Projek sistem lampu isyarat pintar ini memang sangat bermanfaat pada masa hadapan sebagai satu projek inovasi yang boleh berkembang dan dipatuhi oleh pengguna jalan raya.