MELISSA HARLINA BINTI MOHAMMAD SUKARDI SMK SUNGAI LAYAR
Ramai pengguna mengalami masalah kulit kering selepas menggunakan sabun biasa yang mengandungi bahan kimia. Oleh itu, sabun daripada daun aloe vera dihasilkan menggunakan NaOH sebagai kaedah saponifikasi untuk menghasilkan produk yang lebih lembut dan melembapkan kulit. Produk ini mempunyai nilai komersial kerana permintaan terhadap sabun semula jadi semakin meningkat dalam pasaran penjagaan diri. Ia menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) tiga iaitu kesihatan dan kesejahteraan serta SDG dua belas penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab. Analisis data menunjukkan sabun aloe vera memberikan nilai pH yang lebih sesuai dengan kulit dan berpotensi mengurangkan masalah kekeringan. Kesimpulannya produk ini berpotensi dikomersialkan secara meluas di pasaran tempatan