MUHAMMAD FARID NASIRUDDIN BIN ABD RAHMAN SMKA TOK BACHOK
Projek ini membangunkan sistem pemantauan cuaca pintar dinamakan SkySentry V2 SMKATB berasaskan ESP32, GPS dan paparan TFT. Sistem ini mengesan suhu dan kehadiran hujan menggunakan data daripada API OpenWeather dan lokasi semasa melalui modul GPS. Lima lokasi disemak serentak dalam radius 5 km (Utara, Selatan, Timur, Barat dan lokasi pengguna). Paparan grafik kompas menunjukkan arah kawasan hujan serta suhu semasa. Sistem ini turut memaparkan amaran jika tiada sambungan internet. Dengan reka bentuk mudah alih dan responsif, projek ini berpotensi menyumbang kepada kesedaran awal perubahan cuaca serta meningkatkan minat pelajar terhadap teknologi dan STEM.