YS1262: Exploring The 3D Sejadah: Pembelajaran Solat Abad Ke-21

NUR KHAIRUNNISA AMIRAH BINTI YACCOB KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.1270 | 8 Likes | 63 Views | 11 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

Exploring the 3D Sejadah merupakan satu inovasi pendidikan digital berimpak tinggi yang direka untuk mentransformasikan cara murid mempelajari solat fardu secara holistik, kreatif dan imersif. Berteraskan konsep pembelajaran abad ke-21 dan prinsip reka bentuk permainan (game-based learning), produk ini menggabungkan sejadah bersifat 3D interaktif dengan elemen visual, sentuhan, dan eksplorasi fizikal bagi membentuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Dibangunkan daripada bahan kitar semula, inovasi ini bukan sahaja mesra alam tetapi turut menyokong nilai kelestarian dalam pendidikan. Keunikan utama 3D Sejadah ini terletak pada pendekatan hands-on learning yang mendorong penglibatan aktif murid, sekali gus memperkukuh kefahaman tentang rukun dan tertib solat secara berperingkat. Lebih daripada sekadar alat bantu mengajar, produk ini berpotensi menjadi platform latihan kendiri yang menyeluruh untuk semua peringkat bermula daripada pelajar sekolah rendah hingga remaja serta guru dan ibu bapa. Ia mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dengan pendekatan visual dan interaktif yang berkesan. Penggunaan produk ini terbukti dapat membantu pelajar mempelajari solat dengan lebih berkesan dan bermakna. Melalui pendekatan interaktif dan berasaskan permainan, pelajar bukan sahaja dapat memahami teori dan tatacara solat secara visual, tetapi juga dapat menghayati rukun dan pergerakan solat secara praktikal. Ini sekaligus mengurangkan kekeliruan, meningkatkan daya ingatan serta membentuk keyakinan dalam melaksanakan solat dengan betul. Dengan bantuan produk ini, proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan, mendalam dan mesra pengguna, sejajar dengan prinsip pembelajaran aktif dan berpusatkan murid.