NUR MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN NORHASMI MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ILMUWAN SELANGOR (KAJANG)
Lampu suluh merupakan salah satu peralatan elektronik yang tidak asing dalam kalangan masyarakat kita. Antara kegunaan lampu suluh adalah untuk menerangi jalan yang gelap pada watu malam, mencari barangan ketika suasana malap dan gelap seperti ketika ketiadaan elektrik serta untuk aktiviti lasak seperti aktiviti eksplorasi gua. Namun lampu suluh kebiasaannya menggunakan bateri yang perlu ditukar apabila habis. TorchX-S merupakan inovasi daripada lampu suluh yang biasa dijumpai di pasaran. Berbanding lampu suluh biasa yang menggunakan bateri dari tenaga kimia, TorchX-S menggunakan tenaga solar atau dari cahaya matahari sebagai sumber tenaga utama. TorchX-S juga menggunakan barang terpakai seperti botol air terpakai sebagai bahan utama lampu suluh ini.