YS126: Gel Penyegar Udara

NUR AINA NASUHA BINTI MOHD FAUZI SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2

Gel penyegar udara dihasilkan menggunakan essential oil. Essential oil ini memberikan bau yang harum dan menyenangkan. Apabila gel terdedah kepada udara, molekul essential oil akan mengalami proses penyejatan, iaitu perubahan daripada keadaan cecair kepada gas. Gas inilah yang menyebarkan bau ke seluruh ruang. Oleh kerana essential oil ini terperangkap dalam gel, proses penyejatan berlaku dengan lebih perlahan. Hal ini membolehkan bau kekal lebih lama dan menjadikan bilik sentiasa segar untuk tempoh yang panjang.