3MT1931: KESEDIAAN GURU PELATIH JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DALAM BIDANG ELEKTRONIK

RISWANSYAH BIN USMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

VIC26 | Virtual 3MT

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih Jabatan
Teknologi Kejuruteraan di Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang elektronik. Fokus utama kajian adalah
menilai aspek pengetahuan, kemahiran, dan sikap, serta mengenal pasti hubungan antara
aspek-aspek tersebut dengan kesediaan mereka sebagai bakal pendidik. Kajian kuantitatif
ini menggunakan pendekatan tinjauan melalui edaran soal selidik Google Form kepada
113 orang responden yang terdiri daripada pelajar program Reka Cipta serta Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT). Data dianalisis secara deskriptif (min dan sisihan piawai) dan
inferensi (Korelasi Pearson dan Ujian-T) menggunakan perisian SPSS 27.0. Dapatan
kajian menunjukkan pengetahuan (M=4.43, SD=0.49), kemahiran (M=4.46, SD=0.45),
dan sikap (M=4.60, SD=0.39) menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru
pelatih berada pada tahap yang tinggi. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat
hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan (r=0.312), kemahiran (r=0.310), dan
sikap (r=0.686) dengan kesediaan guru pelatih, di mana aspek sikap dikenal pasti sebagai
penyumbang terbesar. Selain itu, Ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam kesediaan berdasarkan jantina. Kesimpulannya, guru pelatih FTV
mempunyai kesediaan yang amat baik untuk mengajar bidang elektronik, namun
pemantapan berterusan terhadap teknologi terkini seperti mikropengawal amat diperlukan
bagi memastikan kelestarian kompetensi mereka selari dengan keperluan industri.