AISYAH QAISARA BINTI MOHD AZIZAN SK PADANG KALA
y
Abstrak
Math’skit@SKPK merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar (BBM) digital berasaskan platform Google Sites yang dibangunkan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik sekolah rendah, khususnya topik Tambah dalam Pecahan Tahun 4. Projek ini selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang menekankan penggunaan teknologi digital dalam PdP bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.Konsep pecahan sering dianggap sukar dan abstrak oleh murid sekolah rendah. Oleh itu, Math’skit@SKPK dibangunkan untuk menyediakan bahan pembelajaran yang lebih interaktif, visual dan mudah diakses oleh guru serta murid. Platform ini menghimpunkan pelbagai bahan PdP seperti nota interaktif, video pengajaran, latihan berperingkat dan aktiviti pembelajaran dalam satu laman digital yang sistematik. Projek ini turut mengaplikasikan pendekatan TPACK yang mengintegrasikan teknologi, pedagogi dan kandungan Matematik secara seimbang. Pelaksanaan projek ini adalah bagi mengatasi beberapa masalah dalam PdP Matematik seperti penggunaan BBM yang kurang tersusun, kekurangan bahan digital interaktif, serta kekangan masa guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti. Selain itu, penggunaan kaedah konvensional menyebabkan murid kurang berminat dan sukar memahami konsep tambah dalam pecahan. Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan BBM digital yang sistematik, memudahkan guru mengakses bahan PdP, meningkatkan penggunaan teknologi dalam bilik darjah serta membantu murid memahami konsep Matematik dengan lebih berkesan. Projek ini menyasarkan guru Matematik, guru praktikum dan murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Padang Kala. Secara keseluruhannya, Math’skit@SKPK mampu meningkatkan keberkesanan PdP Matematik melalui penggunaan bahan digital yang menarik, mudah digunakan dan berkonsepkan kos sifar.
Kata Kunci:
BBM digital ,Google Sites, Matematik Tahun 4, Pecahan, Teknologi pendidikan
pe Your Abstract Here!