AIRIS MEDINA BINTI ABDULLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA SEPANG, SELANGOR
Kanak-kanak sekolah perlu meminum air yang mencukupi setiap hari bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. Cuaca yang panas dan terik pada masa sekarang menyebabkan kanak-kanak perlu meminum air untuk memastikan mereka kekal cergas dan bertenaga. Projek idea inovasi ini adalah bertujuan untuk mereka cipta sebuah botol minuman pintar yang boleh mengingatkan mereka untk meminum air secara berkala dengan konsisten.
Antara yang menarik berkenaan botol minuman pintar ini ialah kerana mempunyai reka bentuk yang menarik dan berwarna-warni serta pengguna sendiri boleh reka bentuk tersuai "custom design" yang mereka suka. Pengguna juga boleh menempah untuk mengukir "engrave" nama pada botol ini. Selain itu, botol ini turut dilengkapi dengan lampu LED yang boleh bertukar warna bukan sahaja untuk cantik dan menarik, tetapi mempunyai fungsi peringatan jika berwarna merah bermaksud pengguna perlu meminum air dengan segera. Turut dilengkapi dengan bunyi penggera yang juga berfungsi untuk peringatan masa meminum air. Botol minuman pintar ini juga mempunyai sensor bagi mengesan jumlah air yang telah diminum serta mempunyai jam digital pada bahagian penutup minuman bagi memudahkan pengguna. Botol ini sangat mesra pengguna dan sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.