JS2189: Love-Fah

IZZ ZARA HUMAIRA BINTI RUSHDAN SK Malim Nawar

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 18 times | LS: 18.0
Like it? | Support them now!

Isu pencemaran akibat pembuangan minyak masak terpakai dan penggunaan span sintetik yang sukar terurai semakin membimbangkan. Minyak masak terpakai sering dibuang ke dalam sistem perparitan boleh mencemarkan air dan tanah manakala span sintetik yang diperbuat daripada plastik yang menyumbang kepada sisa pepejal yang tidak mesra alam. Oleh itu, inovasi Love-Fah iaitu span pencuci dari sayur petola dengan sabun minyak masak terpakai diperkenalkan sebagai penyelesaian hijau terhadap masalah ini.

Objektif inovasi ini adalah untuk mengurangkan pencemaran sisa pepejal, menyokong ekonomi kitaran dan menyediakan alternatif pembersihan pinggan mangkuk yang lebih mesra alam. Produk ini menggabungkan loofah semula jadi daripada sayur petola yang dikeringkan (loofah) dan didalamnya disertakan sabun pencuci yang diperbuat daripada minyak masak terpakai. Loofah berfungsi sebagai span semula jadi biodegradasi manakala sabun berbahan asas minyak terpakai berkesan menanggalkan minyak dan kotoran.

Hasil inovasi ini menunjukkan keberkesanan dalam membersihkan peralatan dapur sambil mengurangkan sisa plastik dan pencemaran minyak. Selain itu, ia menyokong konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan Sustainable Development Goals (SDG) 11, 12, dan 13.

Kesimpulannya, inovasi ini bukan sahaja praktikal dan kos efektif tetapi juga memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat dalam jangka panjang, menjadikannya produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Kata kunci : Span pencuci, Inovasi Hijau, Pengurusan Sisa Pepejal, Biodegradasi, Kelestarian Alam