ST932: MENGHASILKAN ALAT PEMOTONG PLATE BESI BAGI MEMUDAHKAN KERJA PEMOTONGAN DIBENGKEL TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO

MOHAMAD HAFIZ BIN MOHD PAUZI KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN

Projek ini dijalankan untuk menghasilkan satu alatpemotong plat besi yang dapat memudahkan kerjapemotongan di bengkel serta meningkatkan tahapkeselamatan dan kualiti kerja pelajar. Idea projek initercetus daripada pengalaman semasa menjalankanamali semester lepas, di mana proses memotong plat besi menggunakan grinder secara manual mengambilmasa dan menghasilkan potongan yang kurang kemasserta tidak sekata. Selain itu, kaedah manual memerlukan kemahiran yang tinggi bagi memastikanpotongan lurus. Kaedah tersebut juga berisiko kerana percikan api dan serpihan besi boleh menyebabkankecederaan, terutamanya kepada pelajar yang kurangberpengalaman. Alat ini berkonsepkan table saw dan dilengkapi dengan sistem rel gelongsor bagi memastikanpergerakan disc cutter lebih lurus, stabil dan terkawalsepanjang proses pemotongan. Reka bentuk ini juga membantu mengurangkan getaran serta meningkatkanketepatan pemotongan. Proses pembinaan projekmelibatkan beberapa peringkat penting sepertipenyediaan lakaran 2D dan 3D, pemilihan bahan yang sesuai, kerja pemotongan dan kimpalan rangka, pemasangan komponen utama serta proses pengujianakhir. Seramai 34 orang responden yang terdiri daripadapelajar DVM 1 dan DVM 2 telah terlibat dalam kajianini. Ujian dijalankan dengan membandingkan masa pemotongan secara manual dan penggunaan alat yang dihasilkan menggunakan besi plate bersaiz 2cm x 2cm dengan ketebalan 1mm dan 2mm. Setiap ujian dilakukansebanyak tiga kali untuk mendapatkan purata masa yang lebih tepat dan konsisten. Purata masa menggunakan alatbagi plate 1mm ialah 31.30 saat dan 31.81 saat bagi2mm. Manakala kaedah manual mengambil masa selama 5.32 minit bagi plate 1mm dan 7.43 minit bagiplate 2mm. Perbandingan ini menunjukkan bahawa alatyang dibangunkan bukan sahaja menghasilkan potonganyang lebih kemas dan sekata, malah menjimatkan masa dengan ketara serta meningkatkan tahap keselamatan. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya mencapaiobjektif dan sesuai digunakan secara meluas di bengkel.