ESTELLA SONIA GUSTI SMK PENRISSEN
Kotak Jejak Bahasa merupakan satu inovasi pembelajaran Bahasa Melayu yang menggabungkan elemen permainan dan teknologi digital untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik. Inovasi ini dihasilkan bagi mengatasi masalah kebosanan murid serta kesukaran mereka dalam menguasai kemahiran bahasa seperti peribahasa, pola ayat, dan morfologi melalui kaedah tradisional yang terlalu bergantung kepada buku teks. Menggunakan konsep laluan jejak guli, murid akan melepaskan guli dari bahagian atas kotak untuk menentukan kategori soalan sebelum menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Inovasi ini sangat praktikal dan mesra alam kerana diperbuat daripada bahan kitar semula seperti papan lapis terpakai dan penyepit dengan kos penghasilan yang amat rendah, iaitu sekitar RM3.50 sahaja. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan minat serta penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, murid didapati lebih fokus, aktif, dan mudah memahami topik yang dipelajari dalam suasana yang menyeronokkan dan kreatif. Secara keseluruhan, inovasi ini berpotensi besar untuk dijadikan bahan bantu mengajar yang berkesan di sekolah.