FAIZATUL HASANAH BINTI SHARIZAN KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP
Maskunyite adalah produk yang digunakan untuk merawat kulit muka pelanggan sekaligus dapat meningkatkan keyakinan pelanggan. Masker ini dapat mengurangkan kerutan di wajah, di samping Maskunyite ini mampu mencerahkan kulit muka pelanggan. Maskunyite ini sesuai untuk semua jenis kulit serta dapat mencerahkan, menegangkan dan melembutkan kulit pelanggan. Jika produk Maskunyite ini tidak digunakan, tona kulit muka tidak akan menjadi sekata serta kulit muka pelanggan akan menjadi kusam. Dalam projek ini, produk Maskunyite dibangunkan bertujuan untuk mengubahsuai bahan semulajadi yang mudah didapati dalam kehidupan seharian, memaksimumkan penggunaan serbuk kunyit dan mengurangkan kebergantungan penggunaan bahan kimia. Objektif penghasilan Maskunyite adalah bertindak sebagai masker, mencerahkan kulit muka pengguna dan sebagai produk antioksida. Maskunyite mengandungi bahan semulajadi dan ia dapat membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan menyamarkan bekas jerawat. Maskunyite sangat berkesan dan memberikan kelembapan kepada kulit apabila dibasuh menggunakan air suam. Selain itu, Maskunyite mudah dan terbukti selamat digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Penghasilan inovasi ini menggunakan tumbuhan semulajadi yang segar dan tinggi antioksida iaitu serbuk kunyit yang mana dicampurkan dengan tepung beras, dan oat menjadi halus seterusnya menjadi sedikit kekuningan semasa digunakan. Selain itu, Maskunyite boleh digunakan oleh pelajar Program Kosmetologi Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip, Rembau Negeri Sembilan semasa sesi PDPC. Penerimaan yang baik dalam kalangan pelajar, pensyarah dan warga kolej yang mementingkan penjagaan kesihatan badan menunjukkan bahawa Maskunyite sangat berpotensi untuk dipasarkan secara meluas. Istimewanya Maskunyite mempunyai bahan antioksida yang baik untuk semua jenis kulit. Antara kelebihan lain Maskunyite ialah saiz produk yang kecil memudahkan ia disimpan, sesuai untuk perjalanan yang jauh dan tahan lama. Penghasilan Maskunyite mengambil masa yang singkat dan diproses tanpa bahan kimia yang berbahaya menjadikan ia mudah diterima dalam pasaran. Secara tidak langsung ia memberi keuntungan kepada organisasi bagi melaksanakan rawatan spa muka sekiranya produk ini dikomersialkan dan dapat memberi keuntungan kepada organisasi.
Kata Kunci : Kunyit, Oat, Tepung beras dan Antioksida