Muhammad Haziq Bin Mohd Nor KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
SysQuest ialah sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan menggunakan platform Glide Apps bagi membantu pelajar kursus Sistem Operasi (Operating System) mendapatkan rujukan pantas berkaitan proses pemasangan sistem operasi khusus berkaitan Windows 10 atau 11. Aplikasi ini menggabungkan koleksi video tutorial YouTube, panduan langkah demi langkah, senarai masalah lazim beserta penyelesaian, serta kemudahan chatbot interaktif yang dikuasakan oleh JotForm AI. Aplikasi ini memanfaatkan teknologi tanpa kod (no-code) dengan menggunakan Google Sheets sebagai pangkalan data utama, menjadikannya mudah dikemas kini dan diselenggara tanpa kemahiran pengaturcaraan yang tinggi. SysQuest bertindak sebagai portal rujukan digital yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa melalui telefon pintar mereka.