MUHAMMAD ADAM DANISH BIN AHMAD NAZREE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Kekurangan air bersih merupakan isu global kritikal yang sering menjejaskan masyarakat luar bandar akibat kos teknologi penapisan yang tinggi. Projek ini memperkenalkan inovasi sistem penjernihan air mesra pengguna menggunakan bahan semula jadi, iaitu biji Moringa oleifera yang diformulasikan dalam bentuk tablet dos tepat. Tablet ini berfungsi sebagai ejen koagulan untuk menggumpalkan kotoran dengan cepat. Projek ini turut mencipta bekas pemisah mendapan dilengkapi pili khas bagi mengalirkan air bersih secara automatik tanpa mengganggu sisa mendapan di dasar. Gabungan ini terbukti efektif, kos rendah, serta mempunyai nilai komersial yang tinggi sebagai kit penjernih air mudah alih.