ST5: Education Project- Shake Box

Chan Yee Khei Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Shake Box merupakan inovasi BBM interaktif yang menggunakan Micro:bit sebagai alat simulasi bagi membantu murid memahami empat elemen sistem robotik iaitu elemen kawalan, elemen kuasa, elemen sensor, dan elemen pergerakan. Berdasarkan pemerhatian semasa PdP, murid sering menghadapi kesukaran menghuraikan fungsi elemen tersebut kerana tidak dapat melihat contoh sebenar sistem robotik beroperasi. Melalui Shake Box, murid dapat memerhati bagaimana Micro:bit bertindak sebagai elemen kawalan, bateri sebagai elemen kuasa, accelerometer sebagai elemen sensor, dan servo motor sebagai elemen pergerakan. Intervensi ini dilaksanakan dalam kelas Tahun 6C dan dinilai melalui pemerhatian dan pentaksiran secara bertulis. Dapatan menunjukkan 90% murid berjaya menerangkan fungsi keempat-empat elemen sistem robotik dengan betul selepas aktiviti. Oleh itu, Shake Box bukan sahaja menarik minat murid, malah membantu mereka memahami konsep robotik secara konkrit dan menyeronokkan.