PR1215: INOVASI KIT PENGIRAAN KIMIA YALIN : MENYELESAIKAN MASALAH PERHITUNGAN STOIKIOMETRI MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN MAUJUD & DIGITAL

NOR AZLINAWATI BINTI YAACOB SMKA SULTAN AZLAN SHAH

VIC26 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

 

Abstrak

                                                                        

Kit Pengiraan Kimia Yalin (KPKY) merupakan inovasi pembelajaran yang berasaskan permainan maujud dan digital bagi menyelesaikan masalah perhitungan stoikiometri dalam kalangan murid Kimia tingkatan 4. Kit Pengiraan Kimia Yalin terdiri daripada papan permainan pengiraan bersifat maujud dan digital, lima level modul pengiraan disusun secara berperingkat yang menekankan pembelajaran masteri daripada mudah kepada sukar. Data tafsiran di bilik darjah menunjukkan bahawa seramai 6 orang murid tingkatan 4 tidak dapat menyelesaikan masalah numerikal stoikiometri dengan baik. Oleh itu inovasi ini dijalankan bertujuan meningkatkan keupayaan murid menyelesaikan masalah perhitungan stoikiometri dalam kalangan murid tingkatan 4, menggunakan inovasi ‘Kit Pengiraan Kimia Yalin (KPKY)’ di samping mengkaji minat murid terhadap pembelajaran berasaskan permainan maujud dan digital. Inovasi melibatkan kumpulan sasaran seramai 6 orang murid tingkatan 4 di SMKA Sultan Azlan Shah. Dapatan penggunaan Kit Pengiraan Kimia Yalin (KPKY) menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah perhitungan stoikiometri dalam kalangan murid tingkatan 4 dapat ditingkatkan secara ansur maju apabila mengikuti aktiviti yang dirancang. Inovasi ini seterusnya boleh diaplikasikan kepada murid tingkatan 5 dalam program pemantapan konsep asas.

Kata kunci: Kit Pengiraan Kimia Yalin (KPKY) , perhitungan stoikiometri, Kimia, tingkatan 4, pembelajaran berasaskan permainan maujud dan digital (PBP)