YUSRA DAMIA BINTI YAUMIHERIS SMK SERI KOTA PALOH
Inovasi ini memperkenalkan Vacuum Cleaner yang dihasilkan daripada botol plastik terpakai, dengan tujuan utama mengurangkan pencemaran plastik melalui proses kitar semula botol plastik yang sering dibuang selepas satu kali penggunaan. Dengan memanfaatkan bahan terpakai Vacuum Cleaner ini menawarkan penyelesaian pembersihan yang murah, efisien, dan mesra alam, serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab.