JS2238: SMART WATER CIRCLE

MUHAMMAD FARISH IRFAN BIN MOHD FAIZAL SK BATU BERENDAM

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.5000 | 18 Likes | 36 Views | 17 times | LS: 44.0
Like it? | Support them now!

"Smart Water Circle" merupakan satu pendekatan inovatif dalam pendidikan yang bertujuan untuk mendidik murid tentang kitaran air melalui penggunaan kotak sebagai alat pembelajaran yang praktikal. Pendekatan ini mengintegrasikan konsep pengumpulan, penyimpanan, dan pengitaran semula air, serta memupuk kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan sumber air. Dengan melibatkan murid PPKI dalam aktiviti reka bentuk dan penggunaan teknologi, projek ini tidak hanya mengasah kreativiti dan kemahiran teknologi mereka, tetapi juga meningkatkan kefahaman mereka terhadap amalan pengurusan air yang lestari. Selain itu, hasil pelaksanaan inovasi "Smart Water Circle", murid-murid PPKI mudah tertarik dengan penerangan yang dilakukan dan faham konsep proses kitaran air. Melalui program ini, diharapkan dapat tercetus kesedaran di kalangan masyarakat, terutama dalam kalangan generasi muda, untuk lebih menghargai dan menguruskan sumber air secara berhemah. Laporan ini menggariskan konsep, pelaksanaan, dan impak positif yang diperoleh daripada penerapan sistem ini dalam konteks pendidikan dan pengurusan sumber alam.

Kata Kunci : Proses kitaran air, bahan terpakai, pemahaman konsep