YS2197: KAJIAN AWAL TENTANG KESAN PENAMBAHAN DAUN PANAN DAN SERAI TERHADAP AROMA EKOENZIM

NUR QASEH HUMAIRA’ BINTI HALIM SMK TUNKU SOFIAH

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan daun pandan dan serai terhadap aroma ekoenzim. Ekoenzim merupakan produk mesra alam yang dihasilkan daripada proses penapaian sisa organik dan digunakan sebagai pencuci semula jadi serta baja tanaman. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan daun pandan dan serai dalam menghasilkan aroma yang lebih harum. Tiga sampel ekoenzim disediakan menggunakan bahan asas yang sama dengan tambahan bahan berbeza. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekoenzim yang ditambah daun pandan dan serai mempunyai aroma yang lebih menyenangkan berbanding ekoenzim biasa. Projek ini dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap penggunaan ekoenzim.