MUHAMMAD IQBAL BIN MOHD ZAIDI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Projek ini adalah inovasi hasil daripada buah betik iaitu sos papaya thai yang menggunakan buah betik yang sudah masak sebagai bahan utama yang akan digabungkan bersama bahan – bahan lain seperti bawang putih, cili padi merah dan hijau, cuka, air dan garam untuk menghasilkan sejenis sos.
Buah betik atau papaya merupakan spesis tumbuhan dalam genus Carica keluarga Caricaceae. Tumbuhan ini berasal dari negara Mexico Selatan dan Amerika Tengah. Tumbuhan ini kebanyakannya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Buah betik sejenis beri besar, bentuknya bulat dan melonjong dengan ukuran kira-kira 15–45 sm panjang dan diameter 10–30 sm. Kulit buah ini berwarna hijau ketika muda, dan bertukar kuning atau oren apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Betik biasanya dimakan segar. Industri hiliran berasaskan betik masih baru. Buat masa ini, produk proses betik terhad kepada jem, halwa betik, jeruk betik dan bahan koktel buah-buahan campuran.