YS1275: SWEDISH ORANGE PEELS CANDY

AUFA BINTI ZANUDDIN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 7 times | LS: 7.0
Like it? | Support them now!

Projek Sweedish Candy Peels Orange bertujuan untuk mencipta dan mengkomersialkan snek berasaskan kulit oren yang diinspirasikan oleh teknik pembuatan gula gula ini . Produk ini menggabungkan rasa semula jadi kulit oren dengan kaedah pemprosesan khas untuk menghasilkan snek dalam bentuk yang manis , berkhasiat dan mesra alam . Projek  ini bertindak sebagai inisiatif yang mengurangkan pembaziran makanan dengan memanfaatkan kulit oren , yang kaya dengan serat dan bahan antioksidan sebagai bahan utama. 

 

Melalui proses khas yang melibatkan pengeringan dan pemanis semula jadi, produk ini dhasilkan dengan mengekalkan keseimbangan antara manis, pahit dan sedikit rasa masin . Kajian ini merangkumi penyelidikan terhadap kaedah terbaik untuk memproses kulit oren agar mengekalkan nilai pemakanannya serta daya tarikan rasa kepada pengguna . Selain itu , aspek pembungkusan mesra alam turut diberi perhatian bagi memastikan produk ini selari dengan prinsip kelestarian.

 

Akhir sekali , projek ini bukan sahaja memperkenalkan snek yang berbentuk inovatif yang berasaskan bahan semula jadi iaitu kulit buah oren yang lebih banyak dibuang . Dengan gabungan elemen tradisional dan teknologi moden , Sweddish Candy Peels Orange diharap dapat memberikan impak yang positif kepada para pelanggan .