YS1466: AdjustaPick

MUHAMMAD NUR HAZIQ BIN RASHID SMK MEROTAI BESAR, TAWAU

Inovasi alat pemungut sampah mudah alih ini dibangunkan bagi memupuk amalan menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti memungut sampah setiap pagi di sekolah. Masalah utama alat sedia ada ialah tidak boleh dilaras serta memerlukan ruang penyimpanan yang besar. Oleh itu, pengubahsuaian dilakukan dengan memperkenalkan reka bentuk fleksibel yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pengguna serta boleh dilaraskan menjadi lebih pendek ketika penyimpanan untuk menjimatkan ruang. Inovasi ini meningkatkan kecekapan penggunaan, kemudahan penyimpanan dan menggalakkan budaya kebersihan dalam kalangan pelajar.