BADRULMIRZA UKAIL BIN BADRUL HISHAM SMK SUNGAI LAYAR
Dispenser Air Pintar merupakan satu inovasi berasaskan teknologi automasi yang direka untuk memudahkan pengambilan air secara lebih bersih, selamat dan menjimatkan. Sistem ini menggunakan sensor dan pengawal mikro seperti Arduino yang membolehkan air keluar secara automatik apabila cawan diletakkan di bawah dispenser tanpa memerlukan sentuhan tangan. Inovasi ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran air dan meningkatkan tahap kebersihan, malah memberi pendedahan awal kepada murid tentang aplikasi teknologi, pengaturcaraan dan pembelajaran berasaskan projek dalam kehidupan seharian.