YS1326: Aqua Save Jar – Penapis Air DIY Menggunakan Bahan Kitar Semula

NURUL HASHYMAH BINTI JAMING SMK BUKIT GARAM II

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.3404 | 16 Likes | 47 Views | 22 times | LS: 43.4
Like it? | Support them now!

Aqua Save Jar, sebuah penapis air DIY yang dibina menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik, kapas, pasir dan arang. Tujuannya ialah untuk menyediakan akses air bersih secara murah, mudah dan mesra alam, terutamanya kepada komuniti luar bandar atau mangsa bencana. Aqua Save Jar berfungsi tanpa memerlukan elektrik, hanya menggunakan kuasa graviti. Ia bukan sahaja membantu menapis kekotoran fizikal, malah turut mendidik pengguna tentang sains asas penapisan dan penjagaan alam sekitar. Projek ini sesuai digunakan dalam pendidikan, kehidupan harian serta berpotensi untuk dikomersialkan sebagai kit bantuan air bersih.