YS378: BIO MEC-BOARD

INDANA HALWA BINTI MUJADDID SMK GOMBAK SETIA

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.2857 | 12 Likes | 42 Views | 2 times | LS: 17.4
Like it? | Support them now!

Masalah pelajar mudah bosan dan sukar memahami konsep pembekuan darah yang kompleks sering berlaku dalam kalangan pelajar semasa mempelajari topik Biologi di sekolah. Keadaan ini menyebabkan pelajar sukar memahami bagaimana setiap komponen dalam proses pembekuan darah saling berinteraksi serta kurang berminat untuk mempelajari topik tersebut. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan pelajar hanya menghafal tanpa benar-benar memahami konsep, sekali gus menjejaskan penguasaan mereka dalam subjek Biologi.

Bagi mengatasi masalah tersebut, projek permainan papan interaktif pembekuan darah, Bio Mec-Board, telah dibangunkan. Projek ini berfungsi untuk membantu pelajar memahami proses pembekuan darah dengan cara yang lebih jelas, mudah, dan menarik. Sistem pembelajaran ini membantu pengguna dengan menggabungkan elemen permainan, visual, dan aktiviti interaktif supaya pelajar dapat mempelajari konsep Biologi secara lebih menyeronokkan.

Permainan ini menggunakan kad arahan, papan permainan, dan pergerakan langkah pemain untuk menggambarkan setiap peringkat dalam proses pembekuan darah. Maklumat yang diperoleh melalui kad dan aktiviti permainan diproses oleh pemain dengan berfikir dan membuat keputusan sepanjang permainan. Apabila pemain berhenti pada petak tertentu, mereka perlu melaksanakan arahan atau menjawab soalan yang berkaitan dengan proses pembekuan darah. Mekanisme permainan secara berperingkat digunakan untuk memastikan pelajar memahami urutan dan fungsi setiap komponen dalam proses tersebut.

Selain itu, inovasi ini juga dapat meningkatkan minat, penglibatan, serta interaksi pelajar semasa proses pembelajaran. Secara keseluruhannya, inovasi ini mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan, dan berkesan dalam membantu pelajar memahami konsep pembekuan darah dengan lebih baik.