YS2457: Peri-FIT

NURUL AISYA BINTI KAMALUDDIN Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 31 times | LS: 31.0
Like it? | Support them now!

Pada era globalisasi dan teknologi ini, aspek penguasaan bahasa dalam kalangan
pelajar perlu diberi perhatian bagi memastikan kelestarian warisan budaya dan nilai
murni masyarakat. Salah satu komponen penting dalam bahasa Melayu ialah
peribahasa yang mengandungi unsur nasihat, sindiran dan pengajaran. Namun
begitu, penguasaan pelajar terhadap peribahasa Melayu semakin merosot
disebabkan kurangnya pendedahan dan kaedah pembelajaran yang menarik.
Sehubungan itu, satu inovasi permainan pendidikan telah diciptakan iaitu ‘Peri-Fit’,
yang menggabungkan konsep permainan dadu dengan elemen pembelajaran
interaktif peribahasa Melayu. Permainan ini direka untuk menarik minat pelajar
dengan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (gamifikasi) yang mampu
merangsang daya fikir, kreativiti serta penghayatan terhadap nilai peribahasa.
Sasaran utama permainan ini ialah pelajar sekolah menengah, namun ia juga sesuai
dimainkan dalam pelbagai konteks seperti sesi pengajaran,dan aktiviti kokurikulum,.
Kandungan permainan melibatkan kad peribahasa, situasi harian, dan sistem markah
yang menyeronokkan. Penciptaan Peri-Fit merangkumi fasa reka bentuk, ujian
kendiri, dan pemantapan mekanisme permainan dalam tempoh tiga minggu. Objektif
utama inovasi ini ialah untuk meningkatkan penguasaan, kefahaman, dan minat
pelajar terhadap peribahasa Melayu dengan pendekatan yang moden,
menyeronokkan dan berimpak tinggi.