YS1682: Inside The Circle : The Secrets Of Angles And Tangents

MUHAMMAD AFIQ AMSYAR BIN MOHD ANIZAM SMK GOMBAK SETIA

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inside the Circle : The Secrets of Angles and Tangents ialah satu inovasi pembelajaran berasaskan aktiviti dan visual yang dibangunkan bagi membantu pelajar Tingkatan 3 memahami topik Sudut dan Tangen bagi Bulatan dalam subjek Matematik. Topik ini sering menjadi cabaran kepada pelajar kerana konsep bulatan, sudut dan garis tangen sukar divisualisasikan secara jelas melalui kaedah pembelajaran konvensional. Pembelajaran yang terlalu berfokus kepada penggunaan formula tanpa penerangan visual menyebabkan pelajar sukar memahami hubungan antara pusat bulatan, jejari, sudut dan garis tangen. Keadaan ini menjejaskan tahap kefahaman serta keyakinan pelajar dalam menyelesaikan soalan Matematik. Bagi mengatasi masalah tersebut, inovasi ini menggunakan pendekatan pembelajaran secara langsung yang melibatkan penglibatan aktif pelajar. Dalam aktiviti ini, seorang pelajar bertindak sebagai pusat bulatan manakala pelajar lain membentuk bulatan pada jarak yang sama daripada pusat bagi menunjukkan konsep jejari dan bulatan secara praktikal. Pendekatan ini turut membantu pelajar memahami konsep garis tangen yang menyentuh bulatan pada satu titik serta berserenjang dengan jejari pada titik sentuhan tersebut. Inovasi ini menggabungkan elemen teori dan praktikal bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan pelajar. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan dalam kefahaman konsep, penglibatan aktif sereta minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik. Kesimpulannya, Inside the Circle : The Secrets of Angles and Tangents berpotensi menjadi alat bantu mengajar yang kreatif, interaktif, dan efektif dalam meningkatkan penguasaan topik Sudug dan Tangen bagi Bulatan dalam Matematik Tingkatan 3.